Archive for December, 2005

lelaki, suami dan pelindung

Thursday, December 22nd, 2005

alhamdulillah… syukur kupanjatkan kepada mu ya allah, ya zaljalaliwalikram. anugerahmu, hidayahmu, pemberianmu, tidak terhingga ya allah. sesungguhnya aku bersyukur ya allah, kau telah buka ruang untuk ku dekatkan diriku padamu ya tuhan. dengan anugerah yang tak terhingga ini ya rahman, aku berjanji tidak akan sia-siakan. sesungguhnya apakah yang lebih bermakna daripada keredhaanmu ya rahim, kau telah penuhkan permintaanku ya allah…alhamdulillah.

ketika aku melafazkan…aku terima nikah JULIEANA BINTI MANGSOR dengan mas kahwinnya…, dan diikuti dengan perakuan sah, sah oleh saksi…. serasa mahu ku jerit kepada hadirin…. SYUKUR SYUKUR YANG AMAT!!!! inilah saat2 yang aku rasa tak siapa yang faham. tidak bagi yang belum melaluinya, tidak jua sama sepenuhnya bagi yang telah melaluinya. kisah cinta kami berdua sangat2 berbeza bagi yang lain, walau kalau sesiapapun yang tahu dan mengatakan ianya adalah cebisan2 kisah cinta biasa, namun ia tetap berbeza dari pandangan mataku. betapa sebelum ini kami melalui dugaan2 yang ada kalanya sangat2 menusuk kalbu, menembusi dan meruntun galang2 kesabaran, hampir jua merobek jaring2 kepercayaan antara aku dan julie….dan akad yang kulafazkan ini serasa ingin kujeritkan kepada dunia bahawa KAMI MEMANG TELAH DITAKDIRKAN BERTEMU JODOH!!! PISAHKANLAH, PISAHKANLAH,PISAHKANLAH WALAU APA CARA SEKALIPUN TERANG2AN ATAU TANPA SEDAR, ALLAH PUNYA KUASA, KITA TAK DAPAT LAWAN…AKHIRNYA AKU DAN JULIE TETAP BERSATU SECARA SAH sebagai isteri dan suami…

‘jaga julie baik2…’

‘abah lepaskan julie di bawah tanggungjawab abah kepada neezam…’

‘bahagiakan dia…’

‘mana yang salah ditegur2…’

‘bawaklah berpakat2…’

‘bimbinglah dia…’

‘jadilah suami yang boleh diharap…’

‘kau kena banyak mendengar…’

‘banyakkan mengalah…’

‘jangan buat dia dengan benda tak patut…’

‘bersyukur, bini kau tu baik…jangan sia-siakan dia…’

‘jangan cari pasal, jangan cari bala…’

‘kau beruntung, jangan tolak untung…’

”kau ada agama, bini kau ada agama…mana kau betul kau tunjuk dia, mana dia betul kau ikut dia…’

beratus2 lagi nasihat dan pesanan aku dapat…. tersentuh hati aku…ia sedarkan aku bahawa aku sekarang pikul tanggungjawab…bukan sikit punya tanggungjawab…BESAR! suami….bila disebut suami bermakna aku adalah ketua keluarga… aku adalah pelindung, aku adalah pembela, aku adalah pembimbing, aku adalah tempat bergantung, aku adalah orang kepercayaan, aku adalah harapan, aku adalah segala2nya… itu semua adalah amanat allah untuk uji apakah aku layak untuk digelar suami mithali…setidak2nya pada mata julie. julie, abang banyak kurangnya julie. abang banyak lompongnya sane sini…harapan abang agar isteri abg yang satu-satunya ini akan terus tabah sehidup semati dengan abang. bantulah abang untuk bentuk keluarga kita supaya jadi keluarga bahagia, jadi keluarga yang mendapat keredhaan allah sampai ke syurga… sabarlah dengan tingkah laku abang kalau tak kena dan tak sedap pada mata julie… abang cuba untuk memenuhi peranan yang serba baru ini, sedarkan abang kalau abang menyimpang, bangunkan abang kalau abang terpesong, tariklah abang kalau abang terjelepuk, papahlah abang kalau abang terpelecok….sebabnya, abang bukan orang yang sempurna, abang jua perlukan bimbingan darimu wahai isteri…

sesungguhnya…anugerah tuhan yang tak ternilai ini perlu kujaga sebaiknya agar ia tidak ditarik kembali, hanya kerana aku tidak bersyukur…

air mata yang mengalir di saat sebegini, bukan air mata kesedihan…tapi air mata kesyukuran….

julie, kaulah anugerah tuhan padaku yang tidak terbanding itu….

akan kujadi lelaki, suami dan pelindungmu sayang…selama-lamanya, insya allah…..amin….