ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
LAA ILAAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD
lantang kedengaran laungan takbir, mengagungkan kebesaran dan keesaan-Nya dari corong speaker surau Flat DBKL. cukup kuat menerjah ke segenap ruang di blok2 flat dbkl ini. aku yang telah siap mandi sunat aidil adha pagi2 lagi, segera menukar baju melayu kuning yang telah jua awal2 digosok dan disempurnakan julie. sambil mulut terkumat kamit mengikut alunan suara takbir dari jemaah yang telah berada di surau, aku menghela nafas lega. ahh, inilah saat gembira. saat gembira menyambut hari raya korban bersama seorang isteri. syukur jua dipanjatkan ke hadrat ilahi, inilah antara hari yang penuh makna buatku.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
seawal jam 4 pagi tadi, emak mertuaku telah bangkit menyiapkan masakan dan juadah untuk disantap seisi keluarga di hari raya ini. macam biasalah, akan kelihatan canggung pagi hari raya jika tidak tersedia di atas meja makan dengan hidangan ketupat (zaman sekarang dah mudah, ada ketupat segera NONA!), lemang (abah beli dari gerai jual lemang kat tingkat bawah-RM6 sebatang, harga acceptable dengan rasa dan kualiti masakannya!), rendang ayam, sambal kacang…adusssss, enak sekali dong. ditambah dengan sambal sotong (slurrppphhh!!!) dan sambal goreng (resepi orang jowo!) yang katanya pertama kali emak mertuaku buat untuk hari raya ini, membuatkan aku tak sabar2 nak balik dari solat sunat aidil adha dan melapahnya sepuas2 hati…. heheheheh…nafsu nafsi ku membuak2.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
abah segak memakai baju melayu berwarna biru yang baru saja dibuatnya khas untuk aidil adha ini. bermakna sungguh baju tu dek kerana kainnya dihadiahkan oleh julie (bukan calang2 kain kau! kami beli kat JAKEL TRADING Segamat…kedai kain yang aku iktiraf sebagai yang paling murah, dan kualiti paling baeeekkk punya. datanglah ke segamat kalau nak ke JAKEL ni….) sebagai ucapan terima kasih atas kelancaran majlis perkahwinan kami tempoh hari. Joy (satu2nya adik ipar lelaki aku) pula yang memang tak banyak koleksi baju melayu, dengan tanpa segan silu meminjam baju melayu abah yang lama, yang jugak berwarna biru. Ija (satu2nya adik ipar pompuan aku) dan emak pulak sekadar memakai baju kurung koleksi lama2 tapi still nampak superb. Julie? hussyyy, tak terkata cantiknya memakai baju kurung sedondon warna denganku, kuning. melihatnya sebegitu cantik, aku telah anugerahkan dia (ANAK KACUKAN JAWA-CINA ini) dengan gelaran ISTERI MELAYU TERCANTIK sepanjang zaman. heheheheh….
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
8.15 pagi, aku dan abah menapak ke surau. setiap langkahanku diiring oleh laungan takbir. di surau taklah begitu ramai lagi jemaahnya, dan ada ruang di saf pertama yang seakan2 menanti punggungku ini untuk dilabuhkan di situ. alhamdulillah… takbir diteruskan.kemudian solat sunat berjamaah. khutbah dibacakan. dan tepat jam 9.20, berduyun2 umat islam dalam surau ini keluar menuju ke rumah masing2 dengan hati yang kuyakini tak sudah2 memuji ilahi, di atas nikmat iman dan islam serta kegembiraan menyambut pagi raya yang syahdu ini.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
setibanya di rumah, apa lagi semua mengerumuni meja. aku yang tak putus2 melirik juadah2 yang mak siapkan pagi tadi (seorang diri, julie yang kononnya nak tolong masak, hampeh, tido lak dia…heheheheheh, penat sangat kot..takpe julie, takpe, taun depan boleh cuba lagi) dengan cepat menceduk SEMUA jenis lauk. dan…ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap…tambah lagi, ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap, tambah sekali lagi, ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap ngap…..sampailah…burrrrrkkkkkkppppppp!!!! alhamdulillah…..! sedapnya lah mak mertua aku masak. memang taraf dewa2lah dia punya teror… puas, memang puas sangat makan pagi nih. harap2 peribahasa orang tua2 ‘mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi’ dan ‘mak bapak borek, anak rintik’ adalah betul (julie oii, paham2 sendirik lah yerk?heheheheh).
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
lepas makan, kami bergegas ke kubur nenek (mak kepada mak) di kawasan perkuburan selasih di selayang. boleh tahan ramai juga orang yg menziarahi kubur masa2 raya korban ni. macam ada pesta pulak gamaknya. kami hadiahkan roh nenek dengan bacaan yasin, al-fatihah dan kalimah2 bahasa tuhan @ al-quran al karim. semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi…amin. on the way keluar dari kawasan kubur, joy berseloroh untuk tempah lubang kubur yang jauh dari jalan tar / lorong pejalan kaki…’ tak nak la kubur kat tepi highway…bising’. tapi, jauh dalam hati aku, bergetar jiwa aku. serasa bagai amalanku belum cukup untuk aku bersedia menghadapi sakaratulmaut. apatah lagi bekalan untuk kubawa bagi menjawab soalan2 bocor yang akan ditanya munkar dan nakir…. banyaknya dosa aku. masih sempatkah kubertaubat? allahu jalalah, allah yang maha mengetahui…allah yang maha pengampun. dengan sifat arrahman dan arrahim-Mu, ampunilah dosa2 hambamu yang hina ini ya zal jalaliwal ikram.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
aku, julie dan ija ke rumah mak yos (adik mak mertuaku), makan daging rendang, kemudian ke rumah makcik timah, jiran jfamily julie makan laksa (kugagahkan jua menjamah laksa dan menghirup kuahnya yang tak berapa kugemari…..brrr, brr, brr). masya allah, makin buntal perut aku yang sedia kala buntal nih… brasak2 makanan..heheheh, nikmat allah bagi kusyukuri…burpppp…
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
selepas zohor, aku dan julie bergegas ke Nilai. mak ayah dari segamat nak datang. sambil menyelam minum air, mereka nak melawat nazrin di SDAR, seremban dan melajak sedikit ke rumahku..alang2 kepalang kan? sekali lagi dalam tempoh 3 minggu ini, rumah aku jadi titik pertemuan keluarga berbesan pihak aku dan julie bertemu. petang yang redup dan bermakna ini menjadi medan mengatur bicara antara kedua-dua besan (kalau kat johor jangan salah cakap besen plak, sebab besen kat johor maksudnya bekas air untuk basuh baju). banyak kali aku dengan julie menyuarakan rasa seronok melihat abah-ayah berborak dan berbual…begitu profesional. ada aje idea masing2 nak berborak sesama mereka. seronok. begitu jugak emak dan emak. setiap bualan, diiringi gelak tawa. ditambah pulak keletah dan kerenah si sarah (anak kecik jiran yang dibela mak julie). inilah namanya silaturrahmi yang murni. hasil penyatuan dua jiwa dua raga dua insan yang menyatukan jua hati-hati insan yang lain. alhamdulillah.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
jam 6 petang, mak ayah bertolak semula ke selatan. menghantar semula adik (nazrin) ke SDAR, dan menghantar adik (ija) ke Matrikulasi Tangkak. selang 5 minit kemudian, mak dan abah pula berangkat kembali ke wangsa maju. Tinggallah kami berdua dengan helaan nafas kepenatan melayan tetamu2, tetapi terpalit rasa kepuasan dan keseronokan kerana rumah kami ini di’imarah’kan dan diceriakan oleh mereka.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
malam, julie tidur awal…kepenatan. aku faham. memang kulihat julie begitu banyak mengemas itu ini siang tadi. terima kasih sayang, terima kasih di atas sinar cahaya cinta yang sayang berikan, memang cukup terang menyuluh kegelapan dan gundah gulana hidup abang ini.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD…
lebih kurang jam 1.00 pagi, mata aku lelapkan. mengakhiri hari raya aidiladha tanggal 10 zulhijjah ini dengan rasa syukur, rasa gembira, rasa puas, rasa terharu. walau sederhana, namun cukup bermakna erti dan nilainya….alhamdulillah. syukran ya rahim…
