Archive for May, 2007

Semuanya bermula dengan TAPIIIIIIIIII

Tuesday, May 29th, 2007

A couple of weeks ago, I have once asked Julie ‘how’s everything going on here in Melbourne from the day one until now?’

Itulah soalan yang membuka cerita dan isu baru dalam hidup kami di sini. Baru untuk aku yang baru mendengar dan mengetahui. Mungkin lama dah untuk julie yang melihat dan merasai.

"Everything was fine…except"

Perkataan ‘kecuali atau cuma’ itu yang perlukan penjelasan. Biasalah tu, kalau tuan rumah bertanya pada tetamu lepas lunch atau dinner sesama..’macam mana masakan bini saya?’ kalau tetamu kata sodap hingga menjilat jari kaki, tentu tuan rumah tak tanya lagi dah apa-apa. cumanya kalau tetamu kata, ‘amboi mak aihhhh memang sedaplah binik kau masak……cumaaa….’ aa, tuan-tuan dan puan-puan mesti akan mahukan tetamu habiskan kata2nya kan? sebab dalam hati mengagak bahawa mesti ada mana2 kepincangan masakan bini (atau laki puan2–kalau laki puan rajin masak @ queen control lah!) namun perlu kepastian tang mana tu, tang mana yang kurang tu!!

itulah dia yang berlaku pada aku. Julie perangai dia ssuuuuuuuuukaaaaa sangat cakap ‘cuma’, atau ‘tapi’…pastu disambung dengan ‘takde apa2la’…eiii,ada yang nak kena chethol@jotos ni karang!!

so, berbalik kepada isu how far is everything here yang aku tanya kat julie…akhirnya dapat jua kudengar sambungan jawapan ‘tetapi’ itu.

‘Semua ok, seronok bang dok albert st ni. Dah dapat adapt weather, Jane (our kind-hearted landlord) baik sangat dengan kita, rumah pun fully furnished, alhamdulillah dapat dok dengan kak Diana (my USIM colleague, also studying here at RMIT Melbourne), other housemates pun ok2 sume, kedai dekat, klinik dekat, pendek kata sumenya okelah bang!!!’

‘tapiiiiii…………………’

’sayang fikirkan niesreena punya developmentlah bang. rumah kita sekarang ni memanglah selesa. Tapi kalau Niesreena makin membesar, rumah ni akan jadi tak berapa sesuai untuk dia nak develope skill dia. Golek2, merangkak, berjalan…space dalam rumah kecik. Kalaulah kita boleh carik rumah yang ada living hall, atau besar sikit…kan elok bang ek?’

Terkebil2 mata aku. Speechless! Aku fikirkan apa yang julie cakap tu tak relevan sangat. Tak cukup ke rumah yang fully furnished ni aku dah dapatkan? tak terfikir ke betapa strategicnya rumah ni–dekat dengan market, dekat dengan tram stop kalau nak ke mana2, dekat dengan klinik kalau ada emergency, dapat duduk serumah dengan orang Islam–tak yah nak pikir samak2 pakai barang2 dapur kalau dok dengan non-Muslim? Talking about space, it’s big enough for the three of us. I thought that we don’t need to have a big space to enhance Reena’s good development…no! Additionally, it’s only 2 and 1/2 years left for us to live here. Kejap je lagi kalau nak dok umah yang besar dan selesa…itu di Malaysia nanti, Insya Allah kalau yang maha kuasa izinkan!

Tapi, lama2 aku hayati kata2 Julie…ego aku jadi cair…macam air batu dituangkan air panas atasnya. Aku sebenarnya tak boleh nak selfish sangat. Memanglah aku selesa di Melbourne ni, dan aku rasa yang anak bini rasa selesa juga. Tapi, itu adalah selesa di mata aku…yang aku nampak. selesa di mata anak bini lain, sebabnya ada masanya mata anak bini tengok apa yang mata aku tengok, tapi selalu juga mata anak bini tengok apa yang aku tak tertengok. aku selalulah juga ke kampus, keluar dari 185 Albert St nih. api mereka duorg..banyak habiskan kehidupan seharian di dalam epat penjuru dinding di rumah ni. Maksudnya aku perlu tengok apa yang mereka tengok dengan mata hati aku, bukan tengok apa yang mereka tengok dengan mata ego dan bongkak aku.

Sejarah dan cerita ringkas pasal rumah kami di 185 Albert St nih macam ni: 2 minggu sebelum fly, aku masih tak dapat mana2 rumah sewa di Melbourne ni, baik di Bundoora mahu pun di City. Fortunately, ada colleague recommended satu rumah kawan dia (rumah kami sekarang) dengan package yang sangat menarik! Sewa rumah sesuai dengan kemudahan yang diberi. All in untuk monthly rental fee–fully furnished, cockery,oven, fridge,tv,bed,laundry,dan segala macam termasuklah internet dan api air. Mana nak dapat package macam ni punya murah? Lepas tu tuan rumah bukan main baikkkkk lagi. Banyak baju2 dibeli dan dihadiahkan pada Reena, selain baby stuffs and toys, foods and so on.ditambah lagi masa di Malaysia haritu aku dah kesuntukan sangat nak cari tempat sesuai untuk kami bertiga berteduh dari panas dan hujan (dan salji..aku berangan konon nak main salji…pooorah!). Tapi itulah, keselesaan itu bersifat mudah anjal, mudah berubah dan tidak sama bagi pandangan setiap orang. Semua adalah dipengaruhi oleh pembolehubah masa dan sebagainya.

Masa kami pergi rumah Kak Thasa, rumah Akmal…yes, they can afford to get a bigger house than what we have at this moment. Bigger in terms of what we perceived as spacy enough for reena to play around. If others could manage to find one, why not me? kan? kan? So, aku pun akhirnya bersetuju dengan pandangan julie. Itu yang aku cepat2 risik 2-3 tempat dengan bantuan Kak Thasa. Aku cari rumah dari internet dan cari rumah di sekitar2 Albert St nih..Faye St, Summerhill Rd, Macleod, Reservoir, Bundoora, Barnes Way, Waterdale Rd.. Adalah dua tiga yang menjadi pilihan…

Akhirnya setelah aku bincang2 dengan julie dan puas kami calculate monthly expenditure untuk diimbangkan dengan kos bayar umah sewa yang baru…kami sepakat untuk try satu apartment ‘tuuuuutttt’. Tanya kak Thasa, dia pun bagi pandangan positif. Agak mahal berbanding dengan rumah kami sekarang. Tapi keselesaannya jauh berbeza. Tak apalah, aku masih mampu. Lagi pun duit bole dicari, keselesaan anak bini perlu aku letak d tempat teratas (selain study! tapi kalau tengok anak bini merana, camne nak fokus study ye tak? alasan baaaeeekkk punya…heheheh). Adatlah, kalau nakkan sesuatu yang lain, apa yang ada sekarang erlu dilepaskan. Maksud aku, ada benda2 yang kita dapat privilege sekarang, kita terpaksa lepaskan untuk dapat privilege yang lain…opportunity cost bak kata orang ekonomi dan HR. Insya Allah kalau takde aral melintang, awal tahun depan kami nak move out. For the sake of my family’s comfortable life apa saja sanggup aku buat. Diorang pun dah banyak berkorban untuk aku..terutamanya kakak ipar kepada anak suami mak aku.Kalau kata nak tambahkan lagi pendaatan isi rumah, aku sanggup buat kije part time nanti…insya Allah.

Aku cuma berdoa, kasih sayang kami sentiasa tertaut erat antara satu sama lain..dan semakin erat dari hari ke hari. Aku jugak berdoa kami tabah menempuhi apa sahaja cabaran dan dugaan yang Allah Taala bagi. Aku berdoa agar anak isteri aku terus gembira menemani aku yang sentiasa ada pasang surutnya, naik turunnya, senang sukarnya, dalam belajar ni…..aaaamiiinnn.

semuanya bermula dengan ‘tapi’.

killing two birds with one stone

Friday, May 25th, 2007

alhamdulillah.. syukur kupanjatkan ke atas yang maha esa, di atas anugerah-Nya dan rahmat-Nya yang tak putus2 menyeliputi kehidupan kami sekeluarga di bumi Bundoora ini. Hari ni genap tiga bulan enam hari kami berada di sini, jauh beribu2 batu meninggalkan semuanya di Malaysia. Hari ini juga seperti hari-hari lain sejak tiba di sini, mencoret dan melakarkan kenangan-kenangan yang akhirnya nanti apabila tiba masa, akan dititip dan dicernakan kembali untuk ditatap oleh kami sebagai lipatan sejarah yang tak akan dilupakan. Kalau dapat secara teknikalnya, aku dan julie akan merekodkan apa jua aktiviti yang kami buat di sini, terutamanya lensa-lensa yang terfokus kepada perkembangan kehidupan puteri kesayangan kami, Niesreena. Namun secara implisitnya, semua kenangan2 ini akan lekat terpahat di fikiran kami.  Pada kami, pada ketika inilah masing2 mula lebih saling memahami akan satu sama lain. Pada waktu sebeginilah, masng2 akan menghargai lebih akan sesuatu itu berbanding jika berada di Malaysia seperti mana sebelum ini. Apa sahaja yang dibuat, pasti akan menambahkan warna-warni kehidupan kami bertiga. Julie, apa sahaja yang dimasaknya, sangat2 membangkitkan selera (aku pun sudah mula minat membaham laksa, gulp!). Puding Karamel, Kek Sarang Semut, Kuih Sum Sum, dan macam2 lagi adalah percubaan dan eksperimen yang serba menjadi..mengikat selera sang suami yang memang jenis tak kisah kau nak masak apa..hehehe. Reena, menyembur, membebel tanpa biji butir, tersengih, bergolek, menangis, dan semua hobi2 yang baru saban hari adalah penyeri rumahtangga kami ini. Ini adalah misalan kepada apa yang aku katakan sebagai rahmat Ilahi dan rezekiyang melimpah ruah. Kebahagiaan–itulah yang aku nampak setiap kali kubukakan mata setiap pagi, hinggalah saat aku terlena dibuai mimpi. Alhamdulillah..tapi, bohonglah kalau kukatakan sesebuah bahtera yang kukuh itu tidak pernah langsung dilanda ombak menggila dioleng badai menggunung..itu karut. Paling tidak pun, bahtera itu pasti teroleng-oleng jua dicabar keganasan lautan yang tidak terjangka. Rumahtangga jua begitu. Namun, jika bijak mengawal keadaan, jika agama jitu menjadi pegangan, Insya Allah–ombak akan mematangkan awak2 yang melayarkan bahtera. Alhamdulillah, aku dikurniakan ‘tulang rusuk kiri Adam’ yang mengerti dan memahami diriku. Tak pernah terlintaspun kilanan dan sesalan dengan pemberian Allah ini. Akan aku jaga sebaiknya permata-permata hidupku ini sehingga ke helaan nafas terakhirku.

Syukur jua ke hadrat Ilahi, setakat ini aku dapat belajar dengan baik. Walau pun mulanya agak kekok untuk memegang gelaran ’siswa’ setelah 3 tahun ‘meletakkan jawatan’, namun dari hari ke hari aku dapat membiasakan diri. Syukur, pertemuan dengan Pauline baru2 ini menambahkan kelegaanku terhadap prestasi pembelajaran semasa yang aku rasakan begitu perlahan dan tidak produktif. Pauline sudah menyatakan bahawa dia sudah yakin aku mampu berdiri sendiri untuk menyudahkan kajian dan pembelajaranku walau pun tanpa bimbingannya. Pauline juga menyedarkan aku bahawa aku tidak boleh terlalu merendah diri, menganggap diri terlalu daif dan lemah, sehingga pasrah kepada mind set sebegini tolol. Ia terbukti bila Pauline menawarkan aku membantunya mengendalikan kelas2 di GSM pada semester depan. Kalau Pauline percayakan kemampuanku, masakan tidak aku boleh jua percayakan kemampuan sendiri?

Hujung Ogos kelak, kami merancang untuk pulang sekejap ke Malaysia. Aku membayangkan untuk mencari bahan2 tambahan untuk literature review dan initial data collection sambil2 menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Syawal bersama keluarga di Malaysia. Setelah kuajukan kepada Pauline bahawa kami ingin balik kampung, Pauline bersetuju dan tidak membantah. Malah, dia akan membantu mendapatkan aku sedikit dana penyelidikan GSM untuk aku membuat data collection kelak. Wah, itu sudah bagus. Alhamdulillah…syukur. Harapan aku yang paling utama, aku dapat menyudahkan pelajaranku on-time…amiiinnnn.

Balik ke Malaysia nanti, aku sangat2 kepingin untuk bertemu dengan orang yang kuberhutang dengannya…inginku cuba melunaskan semua hutang itu. Begitu jua aku sangat2 tak sabar berjumpa dengan orang yang masih berhutang piutang dengan ku. Jagalah kau, tiba2 nanti aku berdiri di depan pintu bilik…tak sempat kau nak melarikan diri, sekadar berdecit ketakutan seperti tikus (ganass tak?! ;p).

Kepada semua pihak yang aku berhutang dengannya atau mereka yang berhutang denganku- Tak tumbuh tak melata, tak sungguh aku tak kata.

See ya next time mates!!!

Happy Teacher’s Day!

Tuesday, May 15th, 2007

CIKGU. satu entiti yang sangat2 sinonim dalam kehidupan semua orang termasuklah aku. walaupun hubungan formal aku dengan seorang cikgu bermula dari umurku 5 tahun di TADIKA, namun tidak dapat kusangkal, bahawa secara tidak formalnya tangan yang mendodoikan buaianku, menyua susu untukku, membanting tulang empat kerat untuk mencari nafkah buatku sejak 6 februari 1980 adalah jua merupakan cikgu. Emak dan ayah aku bertemu jodoh dalam dunia perguruan. Maka lahirlah anak2nya yang digelar anak cikgu. Adik beradik ayah aku ada 7 orang dan semuanya adalah cikgu (termasuk arwah pak ngah..RIP since 1995, al-fatihah). Di kalangan mereka ada cikgu BM, ada English teacher, ada cikgu akaun, ada cikgu sastera, ada cikgu ekonomi. 3 daripadanya berkahwin dengan cikgu (termasuk emak aku). Mak pulak ada 6 adik beradik, 2 daripadanya cikgu, dan dua-dua kahwin dengan cikgu (ayah aku salah seorangnya). Suami kepada emak ayah aku (atok aku lah iaitu ayah kepada ayah aku) juga merupakan cikgu. Atok pada zamannya dulu sempat mengajar anak-anaknya sendiri, iaitu ayah aku, arwah Pak Ngah dan Mokde. Kebetulan isteri atok aku (mak kepada ayah aku, moyang kepada anak aku) juga adalah cikgu..dalam institusi tidak formal iaitu cikgu mengaji Qur’an.

Cikgu adalah seorang yang sangat2 mulia. cikgu dalam erti kata tidak formal bagiku yang pertama2 ialah mak dan ayah (yang secara formalnya juga adalah cikgu sekolah). cikgu seterusnya dalam hidup aku adalah orang gaji aku masa aku umur 3-4 tahun. Dialah yang bertanggungjawab mengajar aku membaca (kebetulan ayah dan mak aku adalah cikgu kepada cikgu kedua aku ni). Kemudian cikgu dalam erti kata formal yang pertama dalam hidup aku adalah cikgu di Tadika. Masih aku ingat jelas nama dan raut wajahnya–Cikgu Naginem. Kalaulah aku berkesempatan jumpa dengan cikgu Naginem, pasti aku nak ucapkan dua benda; satunya, terima kasih sebab mengajar aku baca doa makan, dan lantik aku jadi ketua kelas serta beri aku peluang bagi capan semasa penyampaian hadiah konvokesyen tadika; dan keduanya, nak mintak maaf sangat2 kat dia sebab aku rasa sampai hari ni dia tak tahu yang akulah orang yang bertanggungjawab koyakkan manila kad yang telah cantik terlukis gambar arnab untuk mengajar A,B,C. Aku koyakkan kertas tu masa diorang basuh mangkuk dan cawan pelajar2 yang dah habis waktu rehat–asbabnya? aku bengang tapi tak ingat kenapa. heheheh.

Cikgu aku semasa mula2 masuk alam persekolahan adalah arwah cikgu Asiah (al-Fatihah). Cikgu Asiah masa aku darjah satu tu sangat2 garang. Kalau aku ada buat silap, aku masih ingat lagi dia akan cakap ‘nanti saya bagitau ayah awak eh Neezam? ayah awak tu saya kenal sangat’. sambil matanya menjegil kat aku…heheheh, jazakillah Ya cikgu Asiah.

Cikgu mengaji aku pulak adalah Ustad Mohd Sabilan. Dialah yang bertanggungjawab memahirkan aku mengaji. Lengkap dengan tajwidnya, dengan taranumnya, dengan tatasusila dan adab mengajinya. aku mengaji dengan dia setakat muqaddam. Bila aku dah khatam dan baru masuk surah al-Baqarah, ayah dah stopkan aku mengaji dengan ustad. Ayah yang merupakan seorang cikgu pulak yang menggantikan tempat ustad Sabilan mengajar aku mengaji, a.k.a. Ustad MadNor!!(jangan marah eh ayah?? kuheh kuheh!).

Cikgu rahmat, cikgu zul, cikgu habibah, cikgu zameha, cikgu yap, cikgu tan, cikgu yaakob, cikgu maslamah, cikgu ali, cikgu fatimah, arwah cikgu hamzah, cikgu hanipah, ustazah jamilah, cikgu wati, mr. velu, cikgu bong, cikgu yang dan ramai lagi..adalah antara cikgu yang sangat2 berjasa semasa aku di sekolah rendah dan sekolah menengah. Semuanya tak putus2 berusaha membantu aku memahami dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk kebaikan aku dunia akhirat. Cakap pasal bab akhirat, antara cikgu yang aku nak buat tribute jugak adalah cikgu2 sekolah agama aku. Cayalah cikgu Wan, cikgu Faridah, ustad2 dan ustazah2 (tak lupa jugak ustad MadNor dan ustazah Zaliha kat rumah)…kalau tak kerana titik peluh antum semua mengajar aku ibadah, taranum, muammalat, MUNAKAHAT, jinayat, faraid, tasawuf dan sebagainya…maka aku rasa dah tentu sekarang ni syaitan kasik respect sama aku sebab aku lagi jahat daripada diorg.

Masuk universiti pun semua pensyarah aku adalah jua seorang cikgu. Manakan tidak fungsinya sama walaupun lapangannya berbeza. cikgu di sekolah menyuluh dasar dan asas ilmu pengetahuan..lengkap asas dan dasarnya barulah ditokok tambah dan diperkembangluaskan ilmu itu oleh pensyarah a.k.a cikgu di unibersiti. Tabik jualah aku sebanyak2nya pada pensyarah2 aku di UTM skudai… puan hamidah P (supervisor bachelor thesis aku), encik nasir markom, puan Hamidah K, Dr Rozeyta, Puan Paimah Atoma, ustad Esa, Ustad Shahri, encik Shahril, Encik Adnan (Dr sekarang kot?), cik Syikin (supervisor master thesis aku), Pn Suhaibah, Cik Lekha Laxman, encik Mahakatak, Puan Hapriza, Prof Madya Yusof Suratman, Puan Kutubah, Prof Madya Rosman, dan ramai lagi..Thanks a lot. Now, I am able to stand beside all of you…disseminating knowledge of Human Resource Management for our next generations.

Aku sendiri masa final semester masters, cuba2 buat part time jadi cikgu kat secondary skul di Segamat.(Dan aku tak sangka sebenarnya itulah titik tolak aku menjadi pendidik sampailah ke hari ini). Memang experience yang indah sangat jadi cikgu ni. Jalanlah ke ceruk mana pun kat sekolah tu, pasti kalau bertembung dengan student, aku akan dapat doa (salam) atau wishes (non-Islam) daripada students..cayalah. Seronok! Even, kalau luar sekolah pun, selalulah sangat2 ada anak murid yang aku kadang2 tak kenal dan tak cam akan greet ‘assalamualaikum cikgu’. kan ke seronok? teringat kata2 seorang bijak pandai..dalam dunia ni, tak banyak pekerjaan yang orang akan lekatkan nama pekerjaan dengan nama orang yang bekerja di bawah pekerjaan tersebut, antaranya doktor (doktor asmadi misalnya) dan cikgu (cikgu Julie misalnya). Setuju? terpulang. Aku berkesempatan jadi attachment teacher atau Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di dua buah sekolah. second skul tu adalah sekolah aku masa aku tingkatan satu sampai tiga, apa lagi kalau bukan Sekul Tinggi Segamat(STS). Masa aku megajar kat STS (dalam tahun 2004) aku lagi terasa spirit jadi cikgu. Nak tahu kenapa? pertama2nya–sepuluh tahun sebelumnya (1994), aku melangkah kaki ke sekolah ni dengan sifat nak mencari ilmu pengetahuan…kosongnya otak ni nak dipenuhkan di sekolah.berbeza sungguh2 dengan waktu aku melangkah ke STS sebagai cikgu, aku nak berkongsi ilmu pengetahuan, memuntahkan segala isi dalam hotak aku untuk students. keduanya– masa aku mengajar di STS aku rasa terkesima bila satu masa cikgu Habsah Hassan (cikgu BM dan Matematik aku masa tingkatan 1 dan 2) bagi ucapan di perhimpunan sekolah, dia panggil aku ke depan pentas. Aku berdiri sebelahnya terpinga2 dan bertambah terpinga2 bila cikgu habsah umumkan pada students ‘inilah dia orangnya yang saya rasa bangga untuk menjadi rakan sekerjanya pada hari ini. kerana apa? kerana dialah pelajar saya 10 tahun yang lalu, dialah antara hasil usaha titik peluh saya yang berjaya.’ aku tengok masa tu, cikgu habsah mengalirkan air mata…bukan sebab sedih tapi sebab gembira. aku tau cikgu habsah nak tunjukkan kepada students bahawa kalau mereka belajar betul2, Insya Allah kejayaan pasti dalam tangan…itulah dia murninya jasa seorang cikgu. tuan2 dan puan2, kalau tuan2 dan puan2 dapat rasa apa perasaan saya pada masa itu…alangkah syahdunya

kerana murninya perkataan cikgu itu (yang dulu, kini dan selama2nya akan kuangkat sebagai perkataan keramat), aku menggunakan nickname ‘cikgu’ masa aku mengajar di PTPL Sentral. seronok bila berada di tertiary education ni students panggil aku dengan nama cikgu. Cumanya masa di KUIM/USIM aku dah tak dapat nak kekalkan nama cikgu…mungkin kejanggalan dah mula wujud dek kerana orang suka panggil aku encik atau ustad. takpalah, asalkan spirit cikgu itu tetap menebal dalam diri aku..itu sudah cukup. Saham cikgu ni kat akhirat sangat besar. Ilmu yang cikgu dapat, cikgu sampaikan kat orang, lepas tu orang sampaikan lagi kat orang lain…itu melipatkaligandakan pahala yang diperoleh seorang cikgu itu, Insya Allah. Signifikan sangat hari Guru yang kita sambut saban tahun pada 16 aribulan Mei pada aku. Itulah hari di mana secara formalnya cikgu di sekolah akan berbaris menyanyi lagu ‘Kami Guru Malaysia’ (sedap seh lagu ni, aku siap hafal lagi sampai sekarang…) dan tidak kurang juga ramai students yang bagi hadiah yang pelbagai(COPPP!!! Masa aku mengajar kat sekolah Dato’ Bentara Dalam,aku dapat hadiah paling banyak pada Hari Guru—serius tak tipu!!! penuh bonet kereta tiara aku, dan jugak seat depan belakang dengan kotak2 hadiah…kenangan, kenangan…indahnya!!!) . tapi secara implisitnya, guru perlu dikenang hari2 atau selalu. Guru ibarat pelitalah, guru ibarat bulanlah dan sebagainya adalah perumpamaan yang menunjukkan ‘cikgu’ adalah mulia.

Namun, sebagai cikgu, itu bukanlah kerja yang mudah. Ingat lagi ayah aku ada cakap…"Sebagai cikgu, seseorang harus tanamkan niat untuk menjadi cikgu, bukan kerja sebagai cikgu". aku tanya apa bezanya? ayah jawab "kerja sebagai cikgu, masuk kerja pukul 7.30 pagi balik pukul 1.30 petang, 5 hari seminggu, and that’s it..hujung bulan tunggu gaji masuk. Jadi cikgu, 24/7 berfungsi sebagai cikgu, niat bukan semata2 dapat gaji tapi lebih daripada itu iaitu untuk mendidik dan membantu".  dalam rasionalnya cakap ayah tu…aku pegang ia menjadi prinsip aku sekarang.

Mulianya cikgu digambarkan dalam pantun ini:

‘Berburu ke padang datar, dapat rusa patah kaki; Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi’

akhirul kalam…selamat hari guru buat semua warga pendidik–cikgu di sekolah dan pensyarah di menara gading.

Istimewa buat Cikgu Mohd Noor Bin Abdullah dan Cikgu Zaliha Binti Ismail..dikaulah guru sejati dalam hidupku.

   

STAR IPOH.. Batch 937 amazing buddies and tribute to Manoque!

Friday, May 11th, 2007

namaku lutut (kneez- supposed to be a better nickname eii, chesss!!).lutut adalah panggilan yang diilhamkan oleh linggiu–freshie sama batch masuk dgn aku 1996 (tq la, at least ramai geng2 937 suka nak sebut nama aku–lutut). aku masuk sekolah tuanku abdul rahman ipoh in mid february 1996.  aku masuk kelas 4R and placed in white house–chateau da blanc. bermulalah kehidupan aku yang sangat2 best dalam sebuah boarding skul–all boys. Kawan2 satu batch sangat supportive. pilih aje ape mind stream, suma ada. kaki surau, kaki fly, mat study, mat layan ‘jamboooo’, kaki bola (fariz and john–tahap dewa2), rugby player (nan, yudhas and the team), kriket (kally dgn atuk la yang hebat!), collector dewataraya-raja rimba and such, kaki labon, kaki melados, pengawas (geng2 kabi, danny–salute you all!) and so forth. Macam2 seh experiences aku collect sepanjang 2 tahun kat STAR. Rugi ooo sape tak masuk STAR. tengok cam aku, walaupun sekadar 2 tahun dan digelar freshie..still spirit of starian tu meresap masuk dalam badan sampai sekarang, sampai bila2.

"Pisang lah sirih pisang,  pisang datok panglima, seranglah STAR serang, serang sampai berjaya!"

"come on STAR, come on STAR, tentukan kita yang menang hari ini, come on STAR, come on STAR, tentukan kita yang menang hari ini, kalau menang kita juga dapat nama."

"all star, all star, all star all star all star…lala lala yayayayayaya!"

itu semua cheers yang kadang2 aku nyanyikan sengsorang, without my conscious…sebabnya, spirit STARIAN tu takbley hilang beb. Walau pun ada beberapa kawan2 937 yang dah menyahut seruan ILAHI (al-fatihah untuk roh mereka, semoga Allah memberkati…amin) tapi, semua kenangan yang kita collect bersama tu still remain.

Untuk blog kali ni, aku nak buat tribute untuk MANOQUE-Mohd Noor (student kesayangan Veloo!!! ‘inilah dia budak kita!’), freshie Yellow. Manoque tidak aku sangkal, one of my bestest best friend kat STAR. Dialah yang paling memahami aku dan sama kepala dengan aku. dia banyak kongsi masalah, kongsi cerita, kongsi ceria dengan aku. aku ingat lagi hari last dismissed lepas SPM, kitorang sempat lepak kat atas bumbung blok akademik (aku tak ingatlah apa bebudak star panggil atas tu!!??)–both of us borak2 pasal future. lepas tu sempat turunkan graffiti dekat loji air atas tu (tak taulah kalau hari ni masih exist lagi signatures kita semua yang pernah panjat atas tu kan?). lepas tu pergi surau, solat isyak sama2, lepas baca doa, masa salam aku dgn manoque keluar air mata seh (moiiiiii aje cite, tapi that’s what happened, really!). My friendship with Manoque never the same vis-a-vis the others masa tu. Dan tulah hari last aku jumpa dia sampailah ke harini terusss lost contact. Ten years time, aku langsung dah tak ambik peduli nak contact manoque. Yang aku tau dia masuk Multimedia Uni. Aku kat UTM terus beralih fokus pada study aku (sebab result SPM aku tak gempak langsung, aku tekad nak strive, pedulik hal dunia!). Tup-tup, a couple of years before, aku dengar Manoque eksiden, koma, hilang ingatan. Aku takde ruang langsung nak pergi jumpa dia, nak melawat dia. tak tau kenapa, dan apa constrains nye.

Lepas Manoque dah dapat strength untuk mengingat semula, ada kawan2 yang bagitau…nama Ali dan aku antara yang paling Manoque ingat–LUTUT. Bila aku dengar pasal benda ni, mata aku berkaca2. Ya Allah, rupa2nya Manoque simpan memori LUTUT ni sebagai antara yang penting dalam hidup dia..aku rasalah, kalau org tak setuju, pedulik! Simpati aku pada apa yang jadik pada Manoque bertambah2..terngiang2 kadang2 kenangan aku dengan Manoque masa kat STAR.

Aku balik Malaysia nanti, aku nak cuba cari Manoque. Ya Allah kuatkanlah semangat Manoque untuk teruskan kehidupan dia…amin!

p/s: KAWAN2 STAR YANG TAU CONTACT NUMBER MANOQUE ATAU ADDRESS DIA, PLZZZ BAGILAH KAT AKU YE…TQ!

friendship remains forever!

AKU JADI SAKSI CUBAAN PEMBUNUHAN!!! SERIUS SEHHHH!!!

Thursday, May 10th, 2007

"Behavioural science student Jemma Clancy, 27, is recovering at the Royal Melbourne Hospital with two stab wounds to her back following the attack at La Trobe University in Bundoora, in the city’s north, on Tuesday morning."

"Sarah Cheney, 23, of Bundoora, has been remanded in custody until August after being charged with attempting to murder Ms Clancy."

"Mr Clancy (Jemma’s father) from Albury-Wodonga, on the Victoria-NSW border, described how Jemma was attacked as she left a toilet block around 11am (AEST) on Tuesday."

"Jemma said she was in wrong place at wrong time. She thought she got punched in the back," Mr Clancy told reporters."

These are one of the front-page hot and sensational story embarked thru the newspapers and electronic media here since last couple of days.

If you folks wanna know, the occurance of that national academic tragedy was somehow witnessed by me, seriously.

Pagi tu aku ke library campus dan duduk dalam study carrel di tingkat 3. Lepas satu jam aku melabuhkan punggung atas kerusi di carel 3.6, tiba-tiba ada announcement yang samar2 masuk ke telinga aku. Manakan tidak, aku tengah ‘layaaannn’ lagu A little less conversation sang by arwah Elvis Presley. Aku bukak headphone, dalam 2-3 minit announcement yang sama diulang…."dear all, please leave the library immediately, thank you." Barula aku perasan kat luar carrel aku nampak students bergegas2 kemas buku masing2 dan blah. Aku pun kemas lebih kurang barang dan mengatur langkah turun ke tingkat dua untuk keluar. Aku tengok semua library users dah ramai keluar dan librarians kelihatan sibuk directing students on the way out. Mata aku pun sempat tengok depan research counter dah tercegat 5-6 org pak guard. Condition at that moment looked like everything was under control, no panic on the air. Depan entrance Borchardt Library dah terentang sticker kuning ‘do not cross this line’. All the students and I still terpinga2 what is happening around here? Siap ada polis dah datang, dan reporters and cameramans pun dah siap2 nak buat broadcast..apa ni? Havoc gila ah!

Rupa2nya, sorang student La Trobe–Jemma, kena stabbed twice by Sarah yang memang ada mental problem background. That incident happened at the same level with my Carrel. Berapa langkah aje crime scene tu dari carrel 3.6 tempat aku belajo tadi.Kesian si Jemma, dalam beribu2 orang dia yang terrrrpilih jadi mangsa. As reported by the media yesterday, Sarah has had intention to kill more than one people and her mental dishevelled had been reported since her age of 14. Kesian jugak kat Sarah, sebabnya seseorang punya characteristic pastinya wujud akibat extrinsic factors…such as  family background, mother-father-family’s relationship, community, readings, violence occured on herself…so forth.

Luckily Jemma tak jadi arwah, dia dulu kalau sedare2 sekalian pernah baca berita masa Tsunami, juga adalah disaster escaper yang bertuah sebab diselamatkan masa dia kat Thailand tu. God’s will, itulah namanya petunjuk keagungan tuhan.

Allah tu maha kaya, sometime ada benda buruk sangat berlaku pada kita. Orang lain iktiraf benda buruk tu sebagai buruk dan menakutkan untuk terjadi. Tapi dengan kudrat Allah SWT, seburuk mana pun sesuatu yang berlaku, kalau Allah nak selamatkan seseorang itu, maka selamatlah jua dirinya…maka apabila, seseorang itu terselamat, Allah SWT mahu dia sedar dan muhasabah kembali amalan2 dirinya sebelum ini. buat SWOT analysis….betulkan yang salah, tambah dan gandakan apa yang baik, betul tak tuan2? Marilah muhasabah diri kita kembali….saya dan kita semua…

Lepas paramedic bawak keluar Jemma, lepas polis bawak keluar Sarah, lepas reporter dah abeh wat liputan…dalam pukul 3 lebeh barulah students boleh masuk balik library. Everything still under good surveilance and control. ……alhamdulillah.

3 to nothin’…disguise in blessing?

Thursday, May 3rd, 2007

Superb performance showed by the Rossoneri in their own soil, made every MU’s kipas-susah-mati disappointed, disillusioned and thwarted. One superb dribbling and shot by Kaka just 11 minutes after the starting wistle seems like a sign of the MU defeat in this Semi-final 2. Followed by a simple-to-be-blocked goal by the Dutchman Seedorf to the same corner of Kaka’s goal earlier, and the 3rd goal by substitude Gilardino, made my heart crushed down totally. Menyampah tengok muka Gattuso dengan perangai biasa dia–suka berlakon, melengah2kan masa, suka menipu…(tension gilos dengan dia…hahahahahah). But I salute each of Rossoneri team member last nite, you were really superb in terms of keeping the ball posession..really. The Reds? Please, satu championship dah terlepas…keep up our good pace for the other two opportunities!!!plzzzzzzz laaaa….

Everything looked disgusted towards the end of the game. Hopeless, Rooney,Ronaldo,Giggs,and the others…suma tak menjadila malam ni. I can’t stand anymore, with the feeling of frustration and disappointment I shut off my TV, no desire of watching the game until the final whistle. I laid down beside Julie…she whispered my ears…sape menang??? agak2 tuan2 dan puan2 la, dalam keadaan geram+bengang, apa jawapan saya yeee????? nak tau tanyalah julie…

disguise in blessin–I really mean it…whether Vidic,Saha,Ferdinand suma suda oke, but it’s useless…. 3 to nothing, add up one year without glory in European Championship.

need ample time to calm down b4 MU-MC match…