Archive for July, 2007

KENAPA KE AKU NI ATAU MENGAPA KAN DIPENGAPA2KAN KE?

Thursday, July 26th, 2007

KENAPA TIBA-TIBA PAGI NI AKU RASA BERDEBAR2, TAKUT, RISAU DENGAN STUDY AKU? KENAPA AKU TIBA2 RASA SERIAU? KENAPA AKU TIBA2 RASA MACAM TAKDE PERKEMBANGAN YANG POSITIF DAN SIGNIFIKAN DALAM WRITING PROGRESS AKU? KENAPA KU RASA MACAM BANYAK DAH HABISKAN MASA UNTUK MENDA BUKAN2, TERMASUKLAH MENULIS ENTRIES DALAM BLOG? KENAPA AKU RASA MACAM 24 JAM DALAM SEHARI TU TAK CUKUP, WALHAL DALAM MASA YANG SAMA AKU RASA SEOLAH2 AKU DAH SIA-SIAKAN 24 JAM YANG ADA DALAM SEHARI? KENAPA AKU TIBA2 RASA MACAM SEORANG MANUSIA YANG PALING DUNGU DAN BODOH, TAK TAHU TENTANG APA2, TAK ARIF TENTANG APA2, DAN PALING PENTING SEOLAH2 AKU TAK MAHU AMBIL TAHU DAN PEDULI PASAL APA2? KENAPA AKU RASA MACAM KERDIL SANGAT2 DI MATA ORANG2 DI SEKELILING AKU? KENAPA AKU RASA PERASAAN NEGATIF DAN BUKAN2 NI?

KENAPA SIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KENAPA AKU KENAPA? ADAKAH AKU KENAPA? ATAU KENAPA DAH MENGAPA2KAN AKU?

KENAPA KE?

apekejadahnya dengan pembantu rumahku??

Sunday, July 22nd, 2007

artikel aku hari di di utusan malaysia terarah kepada isu melahirkan golongan pembantu rumah warga tempatan. you could retrieve that particular article thru’ this url:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

kalau ikut pengalaman aku ada orang gaji masa kecik2 dulu, memang orang gaji malaysia best. Masak kena citarasa, berborak pun takdelah communication barriers..huhu! takdelah nak kena panggil, bik! neng! mbah!

but, sape2 yang tengah guna khidmat org gaji warga asing, mesti juga ada rasa pros and cons nya kan…well, tepuk dada tanya selera…cumanya aku terfikir, ada lagi ke orang tempatan yang nak jadi orang gaji? hmmm..jawabnya, ada…provided, gaji mustilah lumayan beb!!!

sorotan artikel aku:

Mengimpikan pembantu rumah tempatan

Oleh: KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR

DI dalam alaf baru yang serba moden ini, sudah menjadi lumrah bagi pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing. Ini adalah hasil kejayaan sistem pentadbiran dan pendidikan negara yang telah mewujudkan masyarakat Malaysia berpengetahuan tinggi. Lantaran tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga telah dipikul secara kolektif, maka masa untuk menguruskan rumah tangga menjadi minimum. Ia lebih terasa bagi pasangan yang telah mempunyai anak-anak. Untuk itu, menggaji pembantu rumah adalah jalan penyelesaian yang paling tepat dan popular. Sebagai langkah penyelesaian alternatif, Kementerian Sumber Manusia telah menggalakkan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk menawarkan modul latihan pembantu rumah di pusat-pusat latihan mereka. Modul latihan ini mengkhusus kepada warga tempatan yang berminat untuk mendalami karier sebagai pembantu rumah.

Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kementeriannya akan membekalkan silibus dan tenaga pengajar untuk pihak swasta melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah. Ujarnya lagi, pihak swasta perlu mengambil inisiatif menyediakan pusat latihan tersebut bagi membolehkan warga tempatan mengisi keperluan lebih 100,000 pembantu rumah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Langkah bijak kerajaan ini mempunyai rasionalnya. Pembantu rumah tempatan adalah lebih arif tentang selok-belok budaya dan norma masyarakat Malaysia. Maka, minimumlah masalah komunikasi di antara pembantu rumah ini dengan bakal majikan mereka. Mendapatkan pembantu rumah tempatan kelak turut menjadi lebih mudah. Bakal majikan tidak perlu memikirkan urusan dokumentasi seperti visa dan pasport dan menjimatkan pelbagai kos. Isu-isu seperti majikan yang tertipu juga dapat dielakkan kerana kebolehpercayaan yang lebih tinggi ada pada pembantu rumah tempatan. Selain itu, usaha sebegini menjadi alternatif pekerjaan yang menarik bagi rakyat tempatan selain daripada pilihan kerjaya sebagai operator pengeluaran di kilang, pelayan di pasar raya dan sebagainya.

Daripada perspektif sosio ekonomi negara pula, aliran keluar mata wang negara dapat diminimumkan bahkan digunakan untuk menjana pembangunan domestik. Negara juga berupaya meningkatkan penggunaan sumber manusia tempatan, mengurangkan kadar pengangguran dan meminimumkan import tenaga kerja luar negara. Dan jika strategi melatih dan mewujudkan golongan pembantu rumah warga tempatan ini dijana dengan sebaiknya, tidak mustahil Malaysia mampu mengeksport pembantu rumah tempatan untuk pasaran di luar negara.

Bagi merealisasikan penghasilan tenaga pembantu rumah yang berkualiti tinggi, berikut adalah beberapa saranan yang difikirkan wajar untuk diperhalusi oleh pihak kerajaan dan agensi yang terbabit. Pertamanya, bakal pembantu rumah diberikan latihan asas yang secukupnya seperti kemahiran memasak, mengemas rumah, penjagaan bayi dan kanak-kanak, dan sebagainya. Keduanya, memberikan latihan menghadapi situasi tidak terduga seperti latihan pertolongan cemas, kaedah mengawal kebakaran, kes rompakan, dan sebagainya.

Ketiganya, mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan am dan perundangan seperti kontrak pekerjaan dan hak perundangan, gangguan seksual di tempat kerja, penderaan dan seumpamanya. Ia membantu memberi kefahaman kepada mereka tentang hak mereka dan bakal majikan di sisi undang-undang. Ia juga berfungsi dalam memandu arah tentang tindakan susulan yang wajar diambil jika berlaku sebarang kes yang tidak diingini.

Keempatnya, kerajaan perlu memastikan bahawa agensi yang menyalurkan tenaga pembantu rumah tempatan ini kelak menyelaraskan kesesuaian pembantu rumah dengan bakal majikan dari pelbagai aspek terutama yang melibatkan sensitiviti keagamaan dan kebudayaan. Ia adalah untuk mengelakkan anasir-anasir ketidakadilan, bias, dan tindakan di luar norma dan batasan keagamaan dan adat resam sesuatu bangsa.

Kelimanya, untuk menjadikan karier pembantu rumah adalah menarik di kalangan warga tempatan, disarankan agar kadar gaji dan kemudahan-kemudahan sampingan seperti hak cuti tahunan, cuti sakit dan sebagainya dikaji sebaik mungkin. Kadar gaji yang diberikan perlulah diseragamkan dan menarik untuk bakal pembantu rumah tempatan dan bersesuaian dengan kemampuan bakal majikan.

Apa yang penting adalah usaha membuka ruang kepada warga tempatan untuk menceburi karier sebagai pembantu rumah ini akan menjadi penyelesaian paling jitu terhadap pelbagai isu yang berkaitan. Syaratnya, usaha murni kerajaan ini disahut dengan nada positif dan bersungguh-sungguh oleh agensi pembekal pekerja terutamanya di sektor swasta. Adalah diyakini jika betul dan sistematik pelaksanaan latihan pembantu rumah ini kelak, maka para majikan akan dapat memperoleh pembantu rumah yang profesional, berkemahiran tinggi, berdisiplin, dan memiliki kelas ‘A’.

***************************

p/s: bibik…tolong picit kepala saya ni…fenin’ laaaa…huhu!!

artikelku di Utusan Malaysia 20 July 2007

Thursday, July 19th, 2007

alhamdulillah artikel aku keluar lagi di Utusan Malaysia. Dek kerana kurangnya ruang, peluang dan kederat tulang empat kerat untuk menyumbang kepada kebaikan sejagat, maka aku hulurkan sumbangan idea dan pendapat sahajalah..harap Allah redhai..

sorotan artikel tersebut…

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Mekanisme kawal minggu orientasi IPT

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

PASTI sukar untuk digambarkan perasaan bercampur baur bagi seseorang siswa yang baru melangkah ke dunia ‘menara gading’.

Umum setuju bahawa pelajar baru di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberikan haluan dan bimbingan. Untuk itu, minggu orientasi sangat besar impaknya dalam menyuluh jalan yang tepat untuk diteladani oleh siswa baru dalam mengharungi dunia menara gading yang serba asing ini. Misalnya, aktiviti pengenalan kepada polisi dan peraturan universiti berperanan memandu arah siswa baru tentang hala tuju universiti.

Aktiviti debat antara siswa memberi panduan supaya siswa bijak mengolah dan mengutarakan pendapat dan bangkangan. Aktiviti keagamaan seperti muzakarah, usrah dan perbincangan moral mengajak siswa untuk berpegang teguh dengan panduan agama masing-masing. Aktiviti kesukanan mencetus kepada gaya hidup siswa yang sihat. Aktiviti kemasyarakatan pula menyerlahkan bahawa siswa begitu besar tanggungjawabnya kepada perkembangan komuniti dan sosial.

Namun, kejayaan pihak universiti mengadakan minggu orientasi yang sempurna, tercalar dengan adanya anasir-anasir yang tidak memenuhi aspirasi universiti. Rungutan yang diluahkan oleh sebilangan ibu bapa dan penjaga tentang sesuatu yang ‘menyimpang’ berlaku kepada anak-anak mereka menjelaskan segalanya.

Umpamanya, pendedahan program minggu interaksi di sebuah universiti yang sangat jelas unsur dan kesan negatifnya. Membincangkan topik-topik melampaui batasan dan ‘hangat’ dalam satu program ‘debat bodoh’ jelas menunjukkan ia tidak mendukung aspirasi pembangunan mahasiswa. Begitu juga dengan penayangan filem dari malam hingga ke subuh yang tersasar jauh daripada objektif membimbing dan mendidik siswa baru ini ke arah yang betul.

Itu belum lagi program sampingan yang dianjurkan siswa senior untuk menunjukkan ‘senioriti’ masing-masing dengan membuli siswa baru.

Ini sangat mengaibkan dan dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada siswa baru dari segi semangat belajar dan gaya berfikir mereka. Perkara ini akan seterusnya menjadi budaya negatif yang akan dipraktikkan oleh mereka kepada junior mereka kelak.

Pihak universiti dan Majlis Perwakilan Mahasiswa bertanggungjawab untuk menghindarkan program-program yang tidak berasas sebegini. Sebagai langkah kawalan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semua IPT menegah penyertaan siswa senior selain daripada yang menjadi ahli jawatankuasa penganjur untuk menyertai minggu haluan siswa ini.

Namun, ia mungkin tidak cukup dan pengawalan yang bersifat lebih menyeluruh dan total perlu dilaksanakan.

Beberapa cadangan boleh dijadikan pertimbangan pihak universiti untuk memastikan kelancaran dan kemurnian minggu orientasi siswa ini. Pertamanya, pihak universiti perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pelajar senior yang didapati membuli para pelajar baru bukan sahaja dalam minggu orientasi bahkan pada sepanjang masa. Ini dapat memberi pengajaran kepada semua siswa bahawa membuli adalah satu kesalahan yang sangat serius dan dilarang.

Kedua, pemilihan ahli jawatankuasa penganjur dan fasilitator di kalangan siswa perlu dilaksanakan dengan lebih teliti. Hanya mereka yang benar-benar matang, serius, menunjukkan sifat kepimpinan dan berakhlak terpuji yang dipilih.

Ketiga, semua aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu orientasi perlu dikawal, dipantau dan diaudit sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang bercanggah dengan matlamat sebenarnya dalam minggu orientasi.

Keempat, para siswa baru diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk membuat aduan sekiranya berlaku sebarang aktiviti buli atau tidak relevan kepada mereka semasa dan selepas minggu orientasi.

Kelima, perlu ada mekanisme kawalan secara langsung terhadap semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu orientasi daripada pegawai-pegawai universiti yang bertanggungjawab.

Pegawai-pegawai seperti di Unit Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti, serta pengurus dan fellow-fellow asrama perlu secara langsung mengawal selia perjalanan setiap program yang dianjurkan.

Jika minggu orientasi di universiti terjamin 100 peratus menepati sasaran keintelektualannya, maka sudah tentulah semua pihak akan menghela nafas kelegaan.

solat dan hubungannya dengan 9 kategori muslim

Friday, July 13th, 2007

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan 

dipetik dari: http://www.pekanrabu.com/zubir/solat.html

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan  3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu  ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan  4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

REENA DAH TUJUH BULAN!! —aduih reena, sakit pinggang ayah!!

Saturday, July 7th, 2007

syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi, di atas anugerah dan inayah-Nya, kehidupan kami di Albert St ini sentiasa berada dalam suasana yang ceria, aman, damai, bahagia, sejahtera dan seumpamanya. Tak dinafikan takkan ada sesebuah rumahtangga yang sunyi daripada bisikan syaitan dan iblis yang menggoda dan mengocak nafsu dan perasaan jahat untuk bersengketa, benci-membenci dan ke tahap terhina dan dikeji–perpecahan dan perpisahan. Namun, berkat ajaran yang lengkap diberi ibu bapak kami dan restu yang maha Kaya dan Maha Suci, semua pertelingkahan antara aku dan perempuan bernama Zaujati yang kusayangi ini tidak pernah bertahan lama, seumpama biduk berlalu kiambang bertaut…cheh, macam ada gaduh besar aje ek Julie? hehehe…sepatah kata Carlos–kita bikin dia maa…bukan dia bikin kita… ianya kami adaptasikan ke dalam usaha mengelak pertelingkahan, dengan membaurkan sifat2 rendah diri, sabar, hormat menghormati, dan teguh berpaut dan berpandukan ajaran Islam yang syumul…

Alhamdulillah, dek kerana keutuhan kasih sayang antara aku dan Zaujati, permata hati kami yang genap 6 haribulan Julai lalu, telah menjangkau usianya 7 bulan di dunia yang fana ini…syukur, kerana setakat ini pada hematku, kami berjaya menimang, mendodoi, mendidik dan membimbing ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini menelusuri kehidupan setahun jagungnya dengan baik. Perkembangan sehari-hari ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini tepat pada waktu-waktu yang dianggarkan oleh KAD MERAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Bila usia pandai tersenyum, dia tak henti2 mula mengukir senyum, bila usia pandai meniarap dan menelentang, dia tak henti2 meneroka luasnya hamparan di atas ruang peraduannya (hingga satu ketika pernah jua jatuh terlentang dek kerana jauhnya pengembaraannya!!hehhehehe…kenangan sedih buat mamanya…)… ahhh….seronoknya menjadi ayah, dan menjadi mamamu.. jikalaulah ayah serajin mama menitip semua saat2 perkembanganmu anakku, pasti, takkan terhabis pelajaran ayah nanti mengikut jangka masanya…hehehe..tuan2 dan puan2 yang dihormati, jika mahu berkongsi kehidupannya  ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini, layarilah blog bini menantu pertama ayah mertuaku.

Nah, apa yang mahu kukongsikan dalam titipanku kali ini tetap jua berkisar kepada ’sebaik2 bunga mawar putih kami’. Betapa kami gembira semasa membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan imunisasinya bulan lepas. Gembira dek kerana cukupnya susu dan makanan yang kami beri kepadanya saban hari, sehingga berat badannya mencecah hampir sembilan kilo. Dan selama ini, jika kami mendukung ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini, mungkin tidak akan selalu ungkapan seperti ‘aduih patah pinggang ayah’, ‘mama letak Reena kejap eh, penatlah’, ‘Reena duduk dalam walker eh,ayah nak rest kejap’ dan seumpamanya dari bibir kami. Namun, normaliti dan hakikat tumbesaran seorang bayi itu perlu kami gagahi jua, sebagaimana kami gagahi otot-otot dan tulang-temulang kami untuk mendokong ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini dalam jangka masa yang panjang–seperti ke Melbourne City atau ke Preston, atau masa mood ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ini tengah tak baik! ungkapan-ungkapan imaginasi seperti ‘urat dawai, tulang besi’, atau ‘chakra’ dalam siri animasi Naruto hanyalah penyedap dan pemanis mulut dalam menggagahi dukungan kami untuk ’sebaik2 bunga mawar putih kami’….namun, semuanya itu tetap memberi kesan jua kepadaku…dan hari ini terbukti, aku hanyalah insan yang lemah, Allah jualah yang maha berkuasa. Betapa kukira bahawa kemampuanku mendokong ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ sepanjang kami ke Preston siang tadi, tidak akan memberi apa2 kesan negatif. Rupanya tanggapanku itu palsu belaka…2 jam lebih, yang kurasakan ‘HANYA dua jam lebih’ memberi impak negatif 5 atau 6 jam lebih kepadaku selepas tiba di rumah. Mula2nya kurasakan pinggangku yang berbisa2 sedikit hanyalah kesan helaan kelegaan selepas kuletakkan ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ ke dalam walkernya…tapi, semakin waktu berjalan, semakin itu jualah kesakitan pinggang ku melarat2 teruk, sehinggakan aku rasa seumpama nak patah riuk tulang belakang aku…!!!aargggghhhh….pedih, perit umpama jarum yang beratus2 menusuk2 belakang badanku…inilah dia kesan mengangkat tanpa henti ‘entiti 9 kilo lebih’!!! haaa…..

selepas beberapa ketika, kupohon zaujati mengurut2 belakang badanku untuk mengurangkan rasa sakit ini…dengan sejuknya tangan zaujati berbaur nyamannya minyak afiat, kuhela nafas kelegaan, kerana serba sedikit, kesakitan itu berkurangan…alhamdulillah…Namun, Allah itu Maha Adil…sakit belakang badanku ini kusedari bukanlah semata2 akibat mendukung ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ siang hari tadi…rupa2nya perutku ini dilanda angin (bukan sepoi2 bahasa, tapi umpama ribut taufan berpusing2 dalam perutku ini!!) yang jarang2 berlaku padaku. Zaujati tanpa berlengah dan tanpa disuruh merenehkan air halia, dan 2 cawan kuteguk dengan kumulakan ucapan salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w….dan selepas beberapa ketika, angin ribut yang menggelodak dan bergelora tadi semakin lama semakin berkurangan menggila dalam perutku……akhirnya, berpuluh2 das ‘angin beracun’ kulepaskan di sekitar bilik ini, dan 4 kali aku mengaturkan langkahku ke jamban dan setiap kali itulah kuambil masa tak kurang lima minit di sana membuakkan segala apa yang tak patut dan tak terbiodegradasi oleh perutku.

nah, sekarang betapa leganya aku dan di saat aku mengetuk2 papan kekunci laptopku ini, aku tersenyum2 mengenang2kan apa yang terjadi baru sekejap tadi. Namun, aku masih lagi merasakan sedikit sebanyak bisa2 di belakang badanku…yang kuyakini tanda2 yang ditunjukkan Allah Taala supaya aku berbuat sesuatu…demi kebaikanku, Zaujati dan ’sebaik2 bunga mawar putih kami’. Inilah jua petunjuk Ilahi yang menyedarkan kami betapa dahulu inilah yang mungkin terjadi kepada ibu bapa kami. Walau seteruk manapun sesuatu berlaku kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa, mereka tetap sanggup menghadapinya demi kesejahteraan anak, zuriat dan darah daging mereka. Insaf….

Terima kasihlah ’sebaik2 bunga mawar putih kami’…kesakitan yang kauhadiahkan untuk ayah ini, sebenarnya ‘pembuka mata’ ayah dan mama untuk bertambah nilai kesyukuran kepada Allah, menambah rasa hormat, terhutang budi, dan kasih sayang kami kepada ibu bapa kami….

nantilah…bila ’sebaik2 bunga mawar putih kami’ dah pandai nak menyanyi nanti, akan ayah ajarkan satu lagu yang best..

"SATU, SATU, SAYA SAYANG ALLAH…

DUA, DUA, SAYANG RASULULLAH..

TIGA, TIGA, SAYANG MAMA AYAH..

SATU, DUA, TIGA, SAYANG SEMUANYAAAA…."

wassalam….   

p/s: ada sapa2 tak yang kenal mana2 pakar urut kat Malaysia? balik Malaysia nanti aku nak pergi berurutlah…tak kesahlah, tukang urut tradisional ka, refleksologi ka,suma boleh… ;p

aduih pinggangku!!!!

head crushing moments!!! duuuhhh…

Wednesday, July 4th, 2007

GANBATTE PAGGAAAHHH!!!

Masya Allah, it’s notable that studying at this level could harm some of us…neither physically, nor mentally!! And the feeling of head dishevelled like this always comes and hardly to vanish in a glimps as I thought. Yeahh…to be able to stand still doing all my academic tasks really means that I need to motivate myself all the time. But really, how good I’ve been motivated, or how strong I’ve summoned my mindset to be positive and tough…still, I can’t afford to win the battle with my studying pressure! aahhhhhhhhh….istighfar banyak2 really helps to calm me down….astaghfirullah hal a’zim.

Just imagine, how relief you could feel after full strengths, brain-drains, time, etc have been put to complete a writing task…and finally you were able to produce 40-50 pages of ’so called precious artwork’. aaahhh….. and you compliment yourself with something like belanja family makan, do some excursion, window shopping etc….But then, when you have your second, third, fourth sight of that ‘completed so called artwork’, plus because of ‘highly perfectionist’ feeling and dissatisfaction with the overall contents, you decided to do ’some’ alterations…gahhhhh…and after ’some’ alterations did here and there, you still don’t have the feeling of ‘dahlah kira okelah kerja aku nih!!!’, and you continue with another alteration, then with numbers of changes, amendments, corrections, cut-and-paste,bla bla bla….at the end of the day, your initial 40-50 pages of artwork changed to be shorter…15-20 pages…!!!!gaahhhh….how pity….

that’s the reality happen to me also looohh…:’(

Sure, despite of the thinking that quantity reflects our writing ability, i need to admit that quality means everything. 75000-100000 words is the range for a PhD writing perceived by La Trobe Uni…I would like to say that ‘alamak’ is it attainable and within my reach some how? hehehe…perhaps my other colleagues who are in the same battle with me have their own same or contra perspectives.Ckin Jabai, Izuan,Wira (husben Sit-chan!!!),Kak Thasa, Dayang, Khairil & Dayah, Maya, Zira, Akmal, Mahazan, Asmah, Syed, Kak Nurul, Yazis, Isa and Su,Kak Ema, Gee UiTM, Kak Diana, Diana RMIT, etc…I’m quite sure that all of you must at least once…(it’s miracle lah kalau once saje kan?) had faced the same situation and feeling like mine. hehehehe…Haiii… let us just take this unmotivated feeling to be a kind of challenge! And with this challenge we could gain more mental, psycho and physical power to move ahead and finish this battle ON TIME!!!! Ganbatteeeee……!!!!    

Hmmm…all in all, Allah maha besar, maha suci, maha kaya,maha pengasih, maha penyayang. I believe that, these sincere efforts, sacrification and focus…will be guided by Allah, and will be blessed by Allah.

peace be upon everybody!!!!