21 Februari 2007, lebih kurang 10.30 malam kami bertiga turun dari van 2Go2 yang membawa kami ke rumah ini sejurus kami tiba dari Tullamarine Airport kira2 dua jam yang lepasnya. Aku ingat lagi, bila bukak aje pintu van tu, Nam (wakil tuan rumah) menyambut kami dan tolong bawakkan salah satu beg2 besar berisi baju (banyak baju si JULIE dengan REENA–90% baju diorg..huhu!!) dan terus membukakan pintu bilik kami, Durian Room. Malam tu jugak kami berkenalan gitu-gitu aje dengan si Kelly & Hanh (awek2 Vietnam) dan May (awek ’sihat’ Thailand).
Baru saja nak menghela nafas kepenatan selepas 8 jam dalam flight tadi, Nam hulurkan air suam untuk kami, dan mintak aku ke dapur untuk ditaklimatkan pasal rumah, sign lease dan contract dan settlekan bayaran sewa rumah. Lepas dah selesai semuanya, aku balik ke bilik dan tengok si Julie mandom semacam. Dia rasa tak berapa selesa mungkin sebab mulai malam ini, kehidupan kami untuk beberapa tahun ini hanyalah bertiga–dia, reena dan aku. Dahla sampai kat Australia ni henset kami yang bernombor Celcom tu tak boleh nak diguna, sampai pulak malam dan tak boleh nak access ke mana2 kedai, perut lapar, laptop pulak soket tak boleh masuk suis sebab patternnya lain…menambah dan men’top-up’kan rasa hiba Julie yang baru aje ber’uhuk-uhuk’ sakan sebab berpisah dengan famili kat KLIA siang tadi…
Besoknya kami bangun dan lepas solat subuh, kami keluar2 ke sekitar rumah di 185 Albert St ni. Barulah hati tenang sikit sebab dah nampak dunia kat sini luas sikit berbanding pemandangan gelap pekat malam tadi. Perut kami yang berkeriuk2 bunyinya menyebabkan kami ke dapur dan menikmati bungkusan mee segera yang memang disimpan Jane untuk kami sebagai emergency stock. Julie hari ni dah lain sikit intonasinya berbandng malam tadi. Aku yakin dia dah ‘berserah ajelah’ untuk teruskan hidup kami di 185 albert street ni. dan aku yakin dia dah ‘boleh terima kot’ untuk bantu aku settlekan PhD aku kat sini dan ’sehidup semati kot’ dengan aku di sini..huhu..
Dari hari ke hari, semenjak 21 Februari tu kami semakin serasi hidup kat bumi Melbourne ni. Allah memberikan rahmat tak putus2 pada kami. Alhamdulillah, kami bertiga takde sorang pun yang demam teruk sebab perubahan cuaca. Alhamdulillah, kat sini tak susah pun nak cari makanan terutamanya daging halal sebagaimana yang dibayang2kan ketika di Malaysia. Alhamdulillah, tuan rumah dan kawan2 se’tenancy’ pun baik dan sporting. Alhamdulillah, kawan2 seperjuangan dari Malaysia pun sangat2 supportive dan banyak tolong kami masa senang dan susah. Alhamdulillah, Reena sihat walafiat, kuat makan, nampak happy, dan jadual imunisasi dia dapat dipenuhkan sebaiknya. Alhamdulillah, kemudahan teknologi internet dan talipon membolehkan kami online tiap2 hari dengan famili aku kat segamat dan selang sehari dua call mak abah di Setapak. Alhamdulillah jugak aku dapat supervisors yang sangat2 supportive, open-minded dan mudah untuk berurusan yang membantu aku menyetelkan writing progress tepat pada masanya.
Julie sepanjang di 185 Albert St ni dah melalui rutin kehidupan yang sama saja saban hari. Masak, kemas rumah, jaga Reena, basuh baju dan macam2 lagi aktiviti yang dilakukan sebagaimana ‘kaum suri rumah sepenuh masa’ yang lain laksanakan. Tak pasti lah pulak aku tahap kebosanan dia duduk kat rumah ni, tapi setiap kali kalau aku balik dari kampus, dia akan sesekali mengeluh kepenatan. Aku faham dan sekadar mampu simpati. Kadang2 aku bawaklah Julie dgn Reena keluar jalan2 ke City, shopping2 ke Safeway dan Target, atau ke Preston..sekadarnya untuk hilangkan rasa bosan diorg terperap di rumah. Nak jalan jauh2 sangat belum ada kederat dan kelapangannya. Maklumlah, Reena kecik lagi. Nantilah, towards the end of my study, reena dah beso sket, bolehlah panjang2kan kaki pergi ke mana2. Aku dengan Julie rancang nak ke New Zealand, Insya Allah, kalau ada rezeki. Tuhari pun skeeeet lagi nak join Kak Thasa, Akmal, Gee and the gang ke Sydney..tapi tak diizinkan Allah. Takpalah, lain kali..
Hari ni, genap 6 bulan 5 hari kami bermigrasi ke 185 Albert Street. Sepanjang kami di rumah ni, dah berapa ramai tenant yang keluar dan diganti baru. Pim, Sawan, dua orang lagi minah Thailand, dua orang laki bini Vietnam, May, Kak Diana, semua dah keluar dan duduk di rumah baru.
Dan hari ni jugak sepertinya beberapa hari yang sudah,kami galak mengira2 dan menghitung hari2 terakhir kami di sini sebelum nak berangkat pulang sekejap ke Malaysia. Macam2 plan dirancang serapinya tentang apa yang nak dibuat di Malaysia nanti. Eyes on Malaysia, KLCC, durian, Pantai Sepapan Mersing, Zoo, Nandos, Restoran Nelayan, ikan pari masak asam, Genting Highland,ikan bawal sweet sour, Banting, sup ceker jaguh, pasar malam, ayam percik, raya, puasa, PARAM dan macam2 lagilah. Itu semua cerita2 yang menyemarakkan rasa gembira dan berbunga2 nak balik bercuti.
Kami juga dah banyak kali masuk keluarkan beg2 besar kami dari stor dan kemas2 barang2 yang nak ditinggalkan dan barang2 yang nak dibawak balik Malaysia. Untuk pengetahuan semua, satu begi besar yang kami nak bawak balik Malaysia dipenuhi dengan cenderamata untuk sanak saudara dan kawan2 semata2! huhu..beg pakaian kami bertiga pulak hanya dimuatkan dalam satu beg sandang.
Kak Diana dah selamat berpindah ke rumah baru sejak 2-3 minggu lepas. Dan sejak dia mengosongkan bilinya, tuan rumah begitu bermurah hati untuk tidak membenarkan orang baru meyewa bilik Kak Diana tu semata2 mahu kami dapat privacy dalam 2 minggu ni. Terima kasih banyak2lah Jane and Duc. Memang bertuah kami dapat landlord sebegini ikhlas dan mulia. Sepanjang dua minggu ni kami dah bersih2kan rumah kami, susun pinggan mangkuk periuk cawan dan sebagainya, basuh2 cadar dan selimut, lipat2 baju2 yang ‘dipinjamkan’ oleh Jane untuk Reena, dan sebagainya. Aku pun dah selesai pulangkan semua buku2 yang aku pinjam kat Library, dan memindahkan nota2 dan helaian2 dokumen ke office aku di GSM.
Hari ini, genap 2 hari sebelum nak fly, kami dah jadi macam buntu. Apa nak buat lagi ek? semuanya dah macam settle, dah macam boleh nak berangkat sekarang ke airport!!huhuhu…baru kejap tadi Akmal telefon, macam sedih2 aje aku nak balik Malaysia dah dan tak sempat nak jumpa lagi b4 fly nih. tulah, haritu orang keluar ramai2 kau pergi Grampian sapa suruh..huhu.
Hati kami dah takde kat sini dah. Hati kami dah berapa minggu ni dok berlegar2di Setapak dan Segamat. Julie dan aku tak sabar2 nak balik. Ke KL, tengok mak abah yang baru2 ni eksiden, nak comfortkan mak yang baru2 ni dikecewakan dengan insiden peguam bodoh yang menidakkan dia untuk dapat rumah baru, nak wish tahniah pada Joy yang baru konvo, nak belanja Ija yang dapat dean’s list sem lepas.Ke Segamat, nak wish dan bagi moral support si Ira nak ambik UPSR tak lama lagi, nak tengok Pak Teh dengan Mak Besar yang makin hari makin uzur, nak jalan2 ke Mersing dan Pulau Pangkor kalau jadi, nak ke Pasar Ramadhan beli itu dan ini, dan macam2 lagi.
Hmmm…hari2 terakhir di 185 Albert St ni, taklah sesyahdu seperti mana kami tinggalkan rumah di no 7 persiaran 17 Taman Nilai Perdana, 6 bulan yang lepas. Sebabnya, gembira sangat nak balik Malaysia dan nak duduk rumah baru selepas balik dari Malaysia kelak. Aku pun tak sabar nak habiskan kelas terakhir aku besok dengan student2 MIB aku. Tak sabar sangat nak balik ke rumah besok petang, dan bungkus segalanya yang patut.Tak sabar juga nak telefon teksi yang dah ditempah oleh Jane untuk bawak kami ke airport pagi Selasa nanti. Tak sabar jugak nak serahkan tiket dan luggage ketika check in besok. Tak sabar nak tengok stewardess tersenyum simpul kat aku dlm flight…huhuhuhuhu!!!. Dan Tak sabar untuk tengok senyuman dan teriakan family sambut kami di KLIA malam Selasa tu. Tak sabar untuk aku bersalam dan kucup tangan mak ayah, dan mak abah setelah enam bulan melempiaskan rindu dari kejauhan….namun, semuanya ini adalah dengan izin ALLAH TAALA.
inilah coretan terakhir aku di 185 Albert Street, Reservoir…
Julie dan Reena, jom sambung kemas2 barang!!!!!!!!!!!!!!!!!