Tribute to Miss Ema..
Akhirnya, selamat jua Cik Ema Izzati pulang ke tanahair menaiki pesawat MAS jam 12.15 pagi 2 Ogos 2008 (chantek tu tarikh: 02082008).
Tak terucaplah dengan kata2 betapa dalam hati semua orang Desa Bundoora bercampur baur perasaannya atas kepulangan Cik Penghulu kita ini ke Malaysia-sedih, gembira, syahdu, syukur, bangga, dan lain2 perasaan. Tapi yang pasti, kepulangan itu adalah suatu ketentuan Allah yang telah melorongkan tuan punya badan kepada 1001 rahmat dan kurnia yang Insya Allah menanti di kemudian hari. Begitu juga tuan-tuan punya badan yang lain yang turut aku yakin mengambil iktibar dan pedoman dalam meneruskan perjuangan Fisabilillah ini dengan menambahkan usaha, melipatkaligandakan kesungguhan dan fokus dan membulatkan tekad (bukan perut!) agar di hujung ketentuan itu nanti nota gembira akan diusung kembali ke tanahair.
Yang pastinya juga, aku terasa seakan-akan dilempang2 oleh tangan-tangan ajaib yang turut menjerkah dan menjerit: BANGUN!!! KAU BANYAK BUANG MASA!!! menyebabkan aku dapat merasakan juga nadi jantung aku asyik berdetap-detup laju (479 beat per second, ;p), sambil kepala ini memikirkan apa agaknya kesudahan stadi aku di Bundoora ini tak berapa lama lagi?
**************
On the way balik dari Tullamarine Airport, Kak Ema sempat memberikan sms terakhirnya berbunyi:
"Flight ada cter Nana Tanjung n 9 Sept, Kungfu Panda".
aku sempat juga balas sambil drive keta (nasib baik patrol car tak nampak!!): "Hai, tak tidola Cima tgk movie. Bwk flight baik2!"
Dalam sungguh maksud sms terakhir Kak Ema, yang aku tafsirkan salah satunya sebagai manifestasi keseronokan dan keterujaannya dalam kepulangannya ke Malaysia. Hakikatnya, pahit maung, onak, duri dan ranjau yang dilalui Kak Ema, hanya Allah SWT dan empunya badan jualah yang tahu. Pada aku secara ikhlasnya, sudah sepatutnya aku memanggil dirinya Dr Ema lantaran serba serbi personaliti, gaya pemikiran, dan tertib susilanya menggambarkan betapa terpelajar dan kaya ilmunya setaraf dengan para doktor falsafah yang lain. Namun, kekangan yang ’sedikit’ itu sahaja yang belum secara rasminya mewajark
an Kak Ema berjalan dengan title Doctorate itu..yang faham dan tahu lipatan sejarahnya di La Trobe, mesti akan setuju dengan pendapat aku bahawa Kak Ema telah cuba sedaya upaya dan bersungguh2 (dulu kan, selalu juga tengok dlm YM Cima tgh online pukul 2-3 pagi dari opis dia..hehe). Apa2pun, sebagaimana dorongan, semangat, dan sokongan yang diberikan oleh rakan2 baik di Desa Bundoora, di Melbourne atau di Malaysia yang telah jutaan kali Kak Ema dengar, aku tetap nak ulang kata-kata ini untuk kesekian kalinya–sabar, doa banyak2, usaha ’sikiiiiiiiittttttttttt’ je lagi, kuatkan semangat, dan tawakkal tu ‘alallahu– semoga Kak Ema dibimbingi-Nya.
****************
Ramai juga yang datang ke Tullamarine Airport malam tadi, dan aku yakin bahawa baik yang ikut menghantar mahu pun yang tak dapat nak ikut, pasti mengiringkan kepulangan Kak Ema dengan doa-doa mohon kerestuan Ilahi. Semoga ketemu lagi di Malaysia Kak Ema….a.k.a Dr EMA! jaga diri baik2! We’ll miss you Tuan Penasihat,Tok Penghulu, Ketua Kampung,Kakak, and Sahabat!!!!
